Wednesday, August 5, 2009

titipan syukur padaNya

Salam semua..

Alhamdulillah, syukur padaNya kerna kita masih lagi diberi ruang untuk bersua dalam warkah ini. Saya terasa terpanggil untuk menitipkan tinta pada warkah ini kerna lama sudah tidak mengisinya.

Esok berakhirlah kuarantin ekoran wabak H1N1 kerna terdapat simptom yang ada pada warga Institut. Alhamdulillah, setakat ini tiada yang positif dengan wabak ini. Entah apa sahaja yang berlaku pada kita sebenarnya adalah ujian daripada Allah SWT, kita kena maklum bahawa Allah SWT tidak akan memberikan ujian kepada hamba-hambaNya jika kita tidak mampu mengatasinya. Yang pentingnya ialah semakin banyak dugaan yang Allah SWT berikan kepada kita, seharusnya semakin hampir diri kita padaNya. Kita kena fikir tentang kematian kita dan kelangsungan hidup setelah mati. Adakah kita ingin mati dalam keadaan Allah SWT REDHA pada kita? Jika YA, bagaimana perlakuan kita yang harusnya sentiasa SYUKUR atas segala nikmat yang Allah SWT berikan. Kadang-kadang saya terfikir, bagaimana hinanya diri ini yang alpa dengan segala nikmat yang Allah berikan. Jika sakit, ada musibah, terdapat dugaan barulah ingat padaNya. Jika tiada terus dengan ego, alpa, bongkak kepadaNya. Adakah kita TIDAK MALU padaNya? Sedangkan DIA lah pemberi segala NIKMAT, tidak putus-putus mengurniakan rezeki. Kita, seringkali mengeluh dengan apa yang berlaku.. Ya ALLAH, ampunkanlah diriku ini......