Sunday, March 22, 2009

citra warna kehidupan

Salam.

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT kerna izin & kurniaNya dapat lagi kita bersua dalam ruangan warkah fikiran ini. Semoga perkongsian kita ini adalah perkongsian yang berguna serta mendapat rahmatNya.

Insya Allah, esok hari saya akan ke Perak untuk menyertai pertandingan Syarahan Ma'al Hijrah peringkat kebangsaan IPGM bagi tahun 2009 Hijrah. Saya rasakan ini sebagai permulaan serta usaha untuk menyampaikan ajaran Islam dan memperjelaskan kelebihan Islam kepada masyarakat. Apa yang penting bagi diri saya bukannya kemenangan tetapi yang paling utama adalah dakwah pada jalan Allah SWT. Ini sahaja antara usaha saya yang termampu untuk menunjukkan kehambaan yang hina ini kepada Allah SWT. Semoga usaha yang sekecil ini mampu memberikan manfaat kepada seluruh sekelian umat manusia.

Meneliti kepada kehidupan mutakhir ini, banyak perkara yang berlaku dalam dan juga luar negara kita. Kita tidak berupaya daripada lari untuk mengikuti perkembangan ini yang saya rasakan sebagai asam garam kehidupan. Lihat sahaja isu ekonomi, politik dan sosial dalam negara kita. Segalanya memerlukan kita untuk berusaha meneliti dan juga berfikir kenapa perkara sedemikian boleh berlaku sedangkan sebagai manusia biasa kita inginkan kedamaian, kemakmuran dan juga keselesaan kehidupan. Itu perkara asas yang kita inginkan, tapi kenapa masih berlaku perkara yang tidak menyenangkan serta menyusahkan rakyat. Peliknya, pemerintahan sesuatu kerajaan di dunia ini adalah pemerintahan untuk rakyat kepada rakyat. Maknanya cukup mudah iaitu kita ingin memberi keselesaan kepada rakyat dan sentiasa menjaga kebajikan rakyat. Seharusnya generasi muda perlu sentiasa peka akan perkara ini kerna kita yang bakal mewarisi pucuk pimpinan negara kita kelak. Sesungguhnya lahir generasi yang cemerlang akan melahirkan negara yang terbilang. Renung2kanlah..

Sesuatu yang menarik mengenai sumber pendapatan yang tidak terjejas oleh krisis ekonomi global adalah jualan langsung. Nyata di Malaysia menunjukkan peratusan perolehan melalui jualan langsung adalah cukup tinggi. Persoalannya mengapa rakyat Malaysia tidak berani untuk menceburi bidang ini sedangkan ia membawa pulangan yang cukup besar. Usaha yang lebih berbaloi dengan pendapatan yang kita peroleh. Banyak syarikat jualan langsung yang cukup popular contohnya UPTREND NETWORK. Mengapa kita tidak mencuba? BELUM CUBA BELUM TAU...

Segalanya berakhir dengan renung-renungkanlah.....

Wassalam
013-8956564


Sunday, March 1, 2009

Malaysiaku..

Salam.

Alhamdulillah, segala puji-pujian kepada Allah SWT kerna limpah kurniaNya dapatlah berkongsi sesuatu untuk ditatapkan bersama dalam "warkah abangz". Sesungguhnya kesyukuran seharusnya tertitip pada bibir masing-masing apabila sentiasa dikurniakan nikmat oleh Allah SWT yang tidak putus-putus. Tinggal lagi bagaimana kita melahirkan kesyukuran kepada Allah SWT.

Rasa syukur turut terbit apabila sentiasa berada dalam keadaan harmonis dalam negara tercinta Malaysia. Kesyukuran dengan adanya keharmonian ini perlu sentiasa terbit dalam fikrah rakyat Malaysia. Segala perlakuan yang ditimbulkan perlulah menjadi satu manifestasi gambaran kepada kehidupan rakyat Malaysia yang sentiasa berbahagia dengan kemakmuran yang ada.

Malaysia, memberi jaminan kepada kita bahawa segala keharmonian akan terpelihara selagi kita memahami bahawa setiap tindak tanduk kita adalah berasaskan kepada pemikiran yang waras. Pemikiran yang sentiasa memelihara norma dan nilai yang baik. Pemikiran yang mengerti akan kontrak sosial yang menjadi pegangan bersama. Pemikiran yang menjadikan mawaddah sebagai perkara asas dalam hubungan. Jika pemikiran ini diterjemahkan maka akan wujudlah janji Malaysia sebagai sebuah negara yang harmonis.

Kita jangan mudah terpengaruh dengan permainan politik yang kita lihat semakin menjadikan rakyat bahan permainan. Kita perlu nyahkan politik yang penuh tipu daya, tamak haloba dan juga korupsi. Kita perlu buktikan bahawa kita merupakan generasi perubahan dan tidak menjadi barua mereka. Ingatlah KITA PUNYA HAK!!!

Wassalam