Monday, January 25, 2010

Tugasan Minggu 3 : Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

Definisi


* JSU – jadual yg menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi kandungan iaitu konstruk yang ditaksirkan, pemberatan tiap-tiap kontruk, konteks, pemberatan tiap konteks, dan pemberatan taburan aras kesukaran.

Tujuan JSU diwujudkan.

* Menghasilkan soalan yang berkualiti (tidak membentuk soalan secara spontan – tidak tahu aras)
* Soalan yang dihasilkan tidak mempunyai kesahan / tiada keutuhan.

Ciri-ciri JSU

* Merupakan matrik yg terdiri drpd 2 paksi iaitu paksi melintang – aras kemahiran dan menegak – kandungan.
* Bilangan item dinyatakn dalam JSU mengikut aras kemahiran yg ditetapkan.
* Mengandungi aras yg mengikut aras taksonomi.
* Kandungan aras kemahiran mengikut lama masa mengajar dan kepentingan kemahiran.
* Kepayahan item dlm lingkungan 20% - 80%.
* Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas khusus dan lain-lain.
* Kandungan ujian berupa topik-topik pelajaran.

Kepentingan JSU

* Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan.
* Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.
* Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran.
* Menentukan perimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran yang diuji.
* kertas ujian dapat digubal secara sistematik
* kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran adalah terjamin;
* Memberi panduan untuk membentuk format ujian.
* Memberi panduan untuk membentuk soalan.
* Menstabilkan taraf serta aras kesukaran ujian dari tahun ke tahun.
* Mengambil kira bilangan masa yg diperuntukkan untuk sesuatu topik.
* Membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yg lain.
* taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang;
* ujian meliputi keseluruhan sukatan pelajaran

4 syarat JSU

1. Ujian tidak dibina semberangan.
2. Menimbulkan kepentingan topik dan aras kemahiran yg diuji.
3. memberi panduan dan penentuan kepada pengubalan ujian.
4. Memastikan kesesuaian taburan soalan mengikut aras dan kemahiran.

LANGKAH-LANGKAH PEMBINAAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

Dalam pembinaan JSU, empat langkah utama yang harus dititikberatkan iaitu:
1.Mengkaji sukatan pelajaran
2.Menganalisis objektif pengajaran.
3.Menentukan jenis soalan.
4.Menentukan bilangan soalan.

1.Mengkaji Sukatan Pelajaran

Antara aspek-aspek yang dikaji ialah:
• Skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk
• Pendekatan yang telah diambil dalam pengajaran sesuatu tajuk
• Kepentingan bandingan di antara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain
• Kompleksiti sesuatu tajuk
• Masa pengajaran yang diperuntukkan bagi sesuatu tajuk.

2.Menganalisis Objektif Pengajaran

•Objektif pengajaran dianalisis untuk menentukan pengetahuan dan kemahiran yang
perlu diuji dan pada tahap kesukaran mana ia perlu diuji.
•Lazimnya aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang dibuat
oleh Bloom dan rakan-rakannya,
•Lazimnya JSU mengandungi dua paksi utama, iaitu Paksi Kandungan dan Paksi Objektif
Pengajaran.
•Kedua-dua paksi ini mewujudkan sel-sel yang perlu diisi dengan pemberatan soalan
yang telah dipertimbangkan.

3.Menentukan Jenis Soalan

•Objektif pengajaran (kognitif, psikomotor, afektif atau sosial) dan peringkat
objektif pengajaran yang ingin diukur haruslah ditentukan terlebih dahulu.
•Misalnya, jika kita ingin mengukur domain kognitif bagi mata pelajaran Bahasa
Melayu bagi tajuk “Struktur ayat” pada peringkat “Aplikasi”, maka jenis soalan yang
sesuai ialah soalan jenis “Objektif” yang berbentuk “melengkapkan ayat” atau soalan
jenis “Subjektif” yang berbentuk “menggubal ayat-ayat”.

4.Menentukan Bilangan Soalan

•Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran, domain objektif
pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur.
•Jumlah soalan adalah penting kerana ia mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan
sesuatu ujian.
•Secara ringkasnya, kebolehpercayaan ujian bermaksud keupayaan sesuatu ujian
memberi markah yang sama, sekiranya pelajar menjawab semula ujian tersebut.
•Kesahan ujian pula bermaksud keupayaan sesuatu soalan mengukur apa yang ujian itu
ingin mengukur.


KEPENTINGAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

JPU yang dibina dengan baik akan membantu penggubal kertas ujian dan Pembina item/soalan ujian. Antara kepentingan JSU ialah:
•Kertas ujian dapat digubal secara sistematik
•Kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran adalah terjamin;
•Taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang;
•Ujian meliputi keseluruhan sukatan pelajaran; dan
•Aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari tahun ke tahun, walaupun item dibina

RUJUKAN :

http://www.docstoc.com/docs/DownloadDoc.aspx?doc_id=16907486

http://www.docstoc.com/docs/DownloadDoc.aspx?doc_id=15184794

Tugasan Minggu 2 : Taksonomi Bloom dan Domain Krathwohl

Taksonomi Bloom

* Taksonomi ini pertama kali disusun oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1956.
* Taksonomi Bloom menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan.
* Ia bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi). Guru akan membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar.
* Menekankan aspek kognitif (pengetahuan) – apa yang dicari adalah seperti fakta, teori, dan hukum.
* Tujuan : membina kebolehan, pemikiran, dan pemahaman (cth : mencari isi penting daripada petikan yang dibaca)
* Terdapat enam peringkat (tidak semestinya menggunakan kesemua peringkat ini dalam soalan – cth : pada kertas soalan tahun 1 tidak terdapat tahap sintesis kerana tahap ini merupakan tahap yang tinggi dan tidak sesuai dengan umur murid)
1. Pengetahuan
2. Kefahaman
3. Aplikasi
4. Analisis
5. Sintesis
6. Penilaian

Pengetahuan ( selalunya mengunakan kata tanya, cth : bilakah, dimanakah, mengapakah, dan sebagainya)

* Tujuan : mengingat semula perkara-perkara yang sudah dipelajari tanpa sebarang perubahan.
* Contoh :
1. Bilakah Malaysia merdeka ?
2. Berapa buah negerikah yang terdapat di Malaysia?
3. Siapakah Bapa Kemerdekaan Malaysia?
* Objektif
1. Umum : mengetahui
2. Khusus / spesifik : melebal, menyatakan, menulis (eksplisit)

Kefahaman (kebolehan untuk memberi penjelasan / makna sesuatu perkara)

* Konsep : menjelaskan maklumat dengan terperinci.
* Merupakan peringkat yang tinggi berbanding peringkat pengetahuan.
* Tiga aras penting :

1. Terjemahan isi (isi kepada huraian, cth : Ibu Ali meninggal dunia.)
2. Memberi tafsiran / makna sesuatu maklumat (cth : Setiap manusia di muka bumi ini akan menemui ajal masing-masing. )
3. Ekstrapolasi (tafsiran lanjut berdasarkan maklumat yang digambarkan (cth : Kita sebagai manusia biasa mestilah sentiasa bersedia untuk menghadapi perkara yang berlaku pada bila-bila masa sahaja)

* Tujuan : memahami sesuatu bahan, menjelaskan menterjemah, merumuskan,menulis, dan membezakan.
* Cth : jelaskan, bezakan, bandingkan, ringkaskan, nyatakan, dan seumpamanya.

Aplikasi

* Tujuan : menggunakan pengetahuan mujarat (abstrak) untuk menyelesaikan masalah yang maujud.
* Objektif :

1. Umum : menggunakan, menyelesaikan, menunjukkan
2. Khusus / spesifik : menggunakan, menyelesaikan, mengira, menghubungkan, mengendalikan.

* Cth : soalan yang menggunakan perkataan bagaimana dan jelaskan.
* Menekankan kaedah, prinsip, hukum, dan teori.

Analisis (mengenal pasti sebab secara terperinci)

* Definisi : kebolehan untuk menceritakan dan menyusun perkara-perkara yang telah dipelajari kepada beberapa bahagian.
* Tujuan : menaakul (mencari) sebab dan musabab (akibat)
* Cth :

1. Berikan faktor, punca-punca, sebab-sebab, mengapakah perkara tersebut berlaku.
2. Meleraikan sesuatu komunikasi kepada beberapa bahagian.

* Objektif

1. Am : mencerakinkan, menaakul, menjelaskan, menilai kerelevenan data.
2. Spesifik : mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan, menjelaskan srtuktur dan organisasi.
- Cth : Yang manakah antara berikut tidak menerangkan cirri criteria yang betul?
- Cth : Yang manakah antara berikut merupakan kata kerja?

* Kosa kata popular : bezakan, bandingkan, asingkan, tafsirkan bahagian, klasifikasikan, sebab, mengapa, huraikan, menaakul, mencerakinkan.

Sintesis – (lebih kepada sains, BM- karangan)

* Menguji kebolehan calon mencantumkan, mengabungkan, dan meintegtrasikan fakta atau idea yang berkaitan (mengembang fakta menggunakan ayat sendiri)
* Tujuan : membentuk sesuatu yang baharu.
* Objektif :

1. Am : menulis karangan, mencadangkan sesuatu pandangan, menghasilkan karya
2. Spesifik : mengabungkan, mengubah, mereka cipta, merancang, menulis

* Cth : Berdasarkan tajuk “saya sebatang pen” bina ayat-ayat yang dapat menerangkan mengenai pen tersebut.
* Kosa kata popular : mereka bentuk, kumpulkan, susunkan, gubahkan.

Cth mencadangkan : senaraikan beberapa cara kamu boleh mengatasi masalah itu.

Penilaian

* Menguji kebolehan calon, membuktikan, menilai, mengesahkan, mengkritik, memberi pendapat mengenai sesuatu peryataan, dll.
* Tujuan : membuat penilaian dan pertimbangan berdasarkan kretiria tertentu.
* Objektif :
1. Am : menimbangkan nilai, ketekalan, kecukupan data.
2. Spesifik : menilai, membuat pertimbangan.

* Jenis : sejauh mana, nilaikan, apakah pendapat kamu.
Cth : Berikan pendapat anda mengenai hal tersebut.
: Sejauh manakan kebaikan menggunakan kereta ke kuliah.
* Kasa kata popular : nilaikan, rumuskan, tafsirkan, kritikkan, bandingkan, ulaskan, huraikan, buktikan.
* Cth :
1. Pada pendapat kamu, ujian apakah yang sesuai diberikan kepada murid tahun enam?
2. Berbagai faktor perlu dipertimbangkan dalam proses penilaian program. Bandingkan.

Domain Afektif Kalthwohl 1964



# Diasaskan oleh, David R. Krathwohl Merupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap.
# Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik.
# Pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan dengan adanya murid yang dapat membentuk sikap positif.
# Terdapat 5 peringkat bagi domain ini :
1. Penerimaan
2. Bertindak balas
3. Menilai
4. Organisasi
5. Perwatakan

Penerimaan

* Keinginan dan kesanggupan menerima
(kesanggupan memberi perhatian, mendengar ucapan, pendapat orang lain, menghormati kebudayaan yang berlainan)
* Kesedaran
(faktor estitik, ekabentuk, kecantikan sesuatu benda, pelbagai pendapat dalam sesuatu perkara)
* Perhatian terkawal
(kebolehan memberi perhatian kepada sesuatu ransangan – cth : mendengar dan menghayati sajak)
* Objektif am :

1. Mendengar dengan berhati-hati.
2. Menunjukkan kesedaran dalam kepentingan pembelajaran.
3. Menunjukkan sensitiviti dalam masalah sosial.
4. Menerima perbezaan keturunan dan kebudayaan.
5. Mengambil bahagian dalam aktiviti.

* Hasil pelajaran spesifik :

1. Menyoal
2. Memilih
3. Menghuraikan
4. Mengikut
5. Menamakan
6. Menggunakan

Bertindak balas

* Kesanggupan bertindak balas terhadap ransangan.
* Mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti.
* Murid mengambil perhatian dan bertindak balas.
* Terdapat 3 kategori :

1. Persetujuaan membalas

(Bersetuju dengan peraturan / arahan yang diberi.)

2. Kesediaan membalas

(Bertindak balas dengan persetujuan yang dibuat.)

3. Kepuasan

(Mencapai objektif )

* Objektif

1. Am

* Melengkapkan kerja
* Mengambil bahagian dalam perbincangan kecil
* Seronok membantu rakan
* Melakukan tugas secara sukarela.

2. Spesifik

* Dapat menulis isi pelajaran
* Menjawab soalan
* Dapat melafazkan sesuatu (main peranan)

Menilai

* Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan.
* Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan.
* Kebolehan membuat penilaian dan memberi penghargaan terhadap sesuatu benda atau tingkah laku.
* Penilaian berdasarkan penghayatan nilai spesifik (melalui pemerhatian)
* Kategori

1. Penerimaan
- Menerima dan melakukan arahan aktiviti.
2. Pilihan
- Usaha untuk memperoleh sesuatu nilai yang dipilih.
3. Penglibatan
- Aktif dalam aktiviti dan mematuhi peraturan.

Organisasi

* Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai.
* Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan.
* Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.
* Kategori

1. Penenggapan
-Mampu mencipta konsep anstrak.
2. Organisasi
- Menyatukan / aplikasi nilai-nilai berkaitan dan membentuk satu sistem.

Perwatakan

* Perubahan tingkah laku positif.
* Kategori
1.Set up – mengekalkan nilai-nilai
2.Perwatakan – disiplin diri.

Saturday, January 9, 2010

Tugasan Minggu 1 ::BMM 3103 Pentaksiran Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah::

Konsep Pengujian, Pengujian dan Penilaian

Pengertian Penilaian


Thorndike dan Hagen (1977) dan Kubiszyn dan Borich (1996);

* Pada asasnya penilaian merupakan suatu proses membuat keputusan yang sistematik melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan. Dari segi pengajaran dan pembelajaran di universiti, penilaian boleh didefinisikan secara ringkas sebagai satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran di dewan kuliah dan makmal dicapai.

Menurut Stufflebeam (1971) ;

* Penilaian adalah proses mengenalpasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita. Penilaian menentukan jurang perbezaan antara “apa yang dihasilkan” dengan “apa yang dihasratkan” dari sesuatu program pendidikan. Penilaian merupakan pertimbangan profesional iaitu proses yang membolehkan seseorang membuat keputusan.

Definisi umum;

* Penilaian ini membawa maksud objektif pengajaran perlu dikenal pasti terlebih dahulu sebelum penentuan pencapaian objektif tersebut dibuat berasaskan pertimbangan terhadap bukti empirikal. Bukti empirikal pencapaian biasanya diperoleh secara pengukuran terhadap penguasaan pelajar dengan menggunakan alat ukur yang dinamakan ujian. Antara pelbagai jenis penilaian yang sering dilakukan di universiti adalah penilaian terhadap disertasi, projek, kajian kes, portfolio, bengkel, seminar, oral pelajar. Bukti empirikal dikumpul secara sistematik berasaskan maklumat sahih, tekal, telus dan boleh dipertahankan. Tanpa bukti empirikal, pertimbangan terhadap pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran mungkin dibuat berasaskan pendapat iaitu pertimbangan nilai bersifat subjektif, pincang dan rapuh.


Dua unsur utama dalam penilaian pendidikan:-

1. Kuantifikasi - menggunakan ujian bagi mengukur kewujudan bukti empirikal penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus yang diajar.
2. Kualifikasi - menggunakan pertimbangan nilai terhadap bukti empirikal penguasaan pelajar bagi membuat keputusan sama ada objektif pengajaran dan pembelajaran dicapai atau tidak.


Bukti empirikal penguasaan pelajar dalam bentuk skor yang sahih dan boleh dipercayai sangat diperlukan bagi membuat penilaian. Keperluan ini adalah kerana setiap keputusan yang dibuat melibatkan risiko. Bukti empirikal membantu kita membuat keputusan dengan risiko yang kecil. Semakin tepat pensyarah mengukur pencapaian pelajar, semakin tepat penilaian pensyarah terhadap keberkesanan pengajarannya.


Pengertian Pentaksiran dan Pengukuran

Kesahan bukti empirikal yang digunakan bagi penilaian sangat bergantung kepada sejauh mana guru berupaya mengkuantifikasikan dengan tepat kewujudan atribut atau ciri penguasaan pelajar yang digunakan sebagai asas penilaian.

* Pentaksiran adalah suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi seseorang individu.
* Pengukuran merupakan suatu proses kuantifikasi dengan memberi nilai angka kepada kewujudan sesuatu ciri dan atribut.


Dalam pengajaran dan pembelajaran di universiti, kewujudan ciri “penguasaan” sesuatu isi kursus yang diajar oleh pensyarah pada pelajar dikuantifikasikan dengan memberi skor ujian.


Pengertian Pengujian

* Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus di universiti.

Ujian adalah alat ukur. Ujian digunakan bagi mengukur ‘penguasaan’ pelajar dalam sesuatu kursus. Ujian mengandungi satu set tugasan (dalam bentuk tugasan) yang berdasarkan sesuatu kursus bagi merangsang pelajar untuk ‘menunjukkan’ tahap penguasaan mereka dalam kursus berkenaan. Tahap penguasaan pelajar biasanya dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada jawapan yang diberi.
Memandangkan ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan untuk mendapatkan bukti empirik bagi tujuan penilaian pengajaran dan pembelajaran di universiti, tumpuan perlu diberi bagi membina ujian yang bermutu, mentadbir ujian berkenaan dengan betul dan mentafsir dapatannya dengan tepat. Kita perlu memastikan penilaian terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan sempurna dan boleh dipertahankan. Satu daripada cara-cara memastikan ini berlaku ialah dengan menjalankan pengujian yang berkualiti.

Tujuan Pengujian Pengajaran dan Pembelajaran

Tujuan utama pengujian ialah untuk menghasilkan bukti yang boleh digunakan bagi membuat penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran di universiti. Penilaian di bilik kelas boleh membantu para guru menambah baik pengajaran mereka dan pembelajaran pelajar. Selain matlamat diagnosis pengajaran dan pembelajaran, skor ujian digunakan sebagai asas bagi pengredan, pemilihan, penempatan, kaunseling dan bimbingan pelajar.

RUJUKAN :

1. KONSEP PENTAKSIRAN
http://www.slideshare.net/ibnihakim/2a-konsep-pentaksiran-1180437

2. KONSEP PENGUJIAN, PENGUJIAN & PENILAIAN
http://www.slideshare.net/rikdidik/konsep-pengujian-pentaksiran-dan-penilaian