Wednesday, July 7, 2010

::flora fauna kehidupan::

Salam

Titipan syukur kepada Allah SWT Tuhan Semesta Alam yang Maha Kuasa atas segala sesuatu. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat & kepada para pejuang Islam.

Lama sungguh rasanya titipan bait-bait tulisan tidak terbit dalam ruangan ini. Alhamdulillah hujung minggu lepas 3-4 April telah lancar dilaksanakan program Keindahan Bersamamu (KBM) anjuran Biro Hal Ehwal Islam dengan kerjasama KBM Excellence yang mendatangkan khas Pak Lang. Insya Allah program berkenaan menjadi titik tolak dan juga turning point kepada sahabat2 peserta untuk mengetahui hakikat kehidupan & merasakan diri terlalu kerdil di hadapan Allah SWT. Moga2 ia seterusnya membawa kepada kesedaran dalam membawa fikrah Islamiyyah untuk mencari laluan kegemilangan Islam.

Sibuk jua rasanya dengan praktikum yang sedang dilalui kini iaitu SK Anchi, Miri. Hurrm, dikenali dengan guru 'garang' membuat ana tertawa kecil. Buat lakonan sebenarnya dalam kelas masa kali pertama baru masuk untuk buat pelajar2 ni gerun sikit. Insya Allah, akan diusahakan yang terbaik dalam mendidik anak bangsa ini supaya mereka nanti berupaya menjadi insan yang terbaik & juga menjadi anak2 yang soleh. Insya Allah..

Wassalam