Wednesday, August 5, 2009
titipan syukur padaNya
Alhamdulillah, syukur padaNya kerna kita masih lagi diberi ruang untuk bersua dalam warkah ini. Saya terasa terpanggil untuk menitipkan tinta pada warkah ini kerna lama sudah tidak mengisinya.
Esok berakhirlah kuarantin ekoran wabak H1N1 kerna terdapat simptom yang ada pada warga Institut. Alhamdulillah, setakat ini tiada yang positif dengan wabak ini. Entah apa sahaja yang berlaku pada kita sebenarnya adalah ujian daripada Allah SWT, kita kena maklum bahawa Allah SWT tidak akan memberikan ujian kepada hamba-hambaNya jika kita tidak mampu mengatasinya. Yang pentingnya ialah semakin banyak dugaan yang Allah SWT berikan kepada kita, seharusnya semakin hampir diri kita padaNya. Kita kena fikir tentang kematian kita dan kelangsungan hidup setelah mati. Adakah kita ingin mati dalam keadaan Allah SWT REDHA pada kita? Jika YA, bagaimana perlakuan kita yang harusnya sentiasa SYUKUR atas segala nikmat yang Allah SWT berikan. Kadang-kadang saya terfikir, bagaimana hinanya diri ini yang alpa dengan segala nikmat yang Allah berikan. Jika sakit, ada musibah, terdapat dugaan barulah ingat padaNya. Jika tiada terus dengan ego, alpa, bongkak kepadaNya. Adakah kita TIDAK MALU padaNya? Sedangkan DIA lah pemberi segala NIKMAT, tidak putus-putus mengurniakan rezeki. Kita, seringkali mengeluh dengan apa yang berlaku.. Ya ALLAH, ampunkanlah diriku ini......
Saturday, April 11, 2009
pendidikan; hala tuju?
Pertama & selamanya saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerna limpah kurniaNya saya berupaya untuk menyatakan wadah fikiran dalam ruangan ini. Sesungguhnya nikmat Allah SWT kepada manusia cukup besar dan tidak termampu untuk kita membayarnya. Hatta segala ranting di dunia dijadikan pena & segala air di lautan dijadikan sebagai dakwat masih lagi tidak mampu untuk menyatakan segala kebesaran nikmat Allah SWT. Betapa MAHA PEMURAH serta MAHA PENYAYANG Allah SWT kepada hamba-hambaNya serta beruntunglah bagi mereka yang sentiasa bersyukur akan nikmat yang diberikanNya..
Meneliti kepada perkembangan sistem pendidikan negara ia cukup cantik dengan didasari oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu :
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
Cukup cantik penjelasan Falsafah Pendidikan Kebangsaan mengani hala tuju pendidikan negara yang dicintai ini, Malaysia. Bagi merealisasikannya seharusnya semua pihak termasuk pihak pentadbir (kerajaan), pihak sekolah (guru), pihak masyarakat (ibu bapa) dan individu itu sendiri menyedari bahawa setiap daripada kita mempunyai peranan masing-masing dalam menyediakan individu seperti yang dikehendaki..
...sambungan, MAAF MUSTAHAK
Sunday, March 22, 2009
citra warna kehidupan
Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT kerna izin & kurniaNya dapat lagi kita bersua dalam ruangan warkah fikiran ini. Semoga perkongsian kita ini adalah perkongsian yang berguna serta mendapat rahmatNya.
Insya Allah, esok hari saya akan ke Perak untuk menyertai pertandingan Syarahan Ma'al Hijrah peringkat kebangsaan IPGM bagi tahun 2009 Hijrah. Saya rasakan ini sebagai permulaan serta usaha untuk menyampaikan ajaran Islam dan memperjelaskan kelebihan Islam kepada masyarakat. Apa yang penting bagi diri saya bukannya kemenangan tetapi yang paling utama adalah dakwah pada jalan Allah SWT. Ini sahaja antara usaha saya yang termampu untuk menunjukkan kehambaan yang hina ini kepada Allah SWT. Semoga usaha yang sekecil ini mampu memberikan manfaat kepada seluruh sekelian umat manusia.
Meneliti kepada kehidupan mutakhir ini, banyak perkara yang berlaku dalam dan juga luar negara kita. Kita tidak berupaya daripada lari untuk mengikuti perkembangan ini yang saya rasakan sebagai asam garam kehidupan. Lihat sahaja isu ekonomi, politik dan sosial dalam negara kita. Segalanya memerlukan kita untuk berusaha meneliti dan juga berfikir kenapa perkara sedemikian boleh berlaku sedangkan sebagai manusia biasa kita inginkan kedamaian, kemakmuran dan juga keselesaan kehidupan. Itu perkara asas yang kita inginkan, tapi kenapa masih berlaku perkara yang tidak menyenangkan serta menyusahkan rakyat. Peliknya, pemerintahan sesuatu kerajaan di dunia ini adalah pemerintahan untuk rakyat kepada rakyat. Maknanya cukup mudah iaitu kita ingin memberi keselesaan kepada rakyat dan sentiasa menjaga kebajikan rakyat. Seharusnya generasi muda perlu sentiasa peka akan perkara ini kerna kita yang bakal mewarisi pucuk pimpinan negara kita kelak. Sesungguhnya lahir generasi yang cemerlang akan melahirkan negara yang terbilang. Renung2kanlah..
Sesuatu yang menarik mengenai sumber pendapatan yang tidak terjejas oleh krisis ekonomi global adalah jualan langsung. Nyata di Malaysia menunjukkan peratusan perolehan melalui jualan langsung adalah cukup tinggi. Persoalannya mengapa rakyat Malaysia tidak berani untuk menceburi bidang ini sedangkan ia membawa pulangan yang cukup besar. Usaha yang lebih berbaloi dengan pendapatan yang kita peroleh. Banyak syarikat jualan langsung yang cukup popular contohnya UPTREND NETWORK. Mengapa kita tidak mencuba? BELUM CUBA BELUM TAU...
Segalanya berakhir dengan renung-renungkanlah.....
Wassalam
013-8956564
Sunday, March 1, 2009
Malaysiaku..
Alhamdulillah, segala puji-pujian kepada Allah SWT kerna limpah kurniaNya dapatlah berkongsi sesuatu untuk ditatapkan bersama dalam "warkah abangz". Sesungguhnya kesyukuran seharusnya tertitip pada bibir masing-masing apabila sentiasa dikurniakan nikmat oleh Allah SWT yang tidak putus-putus. Tinggal lagi bagaimana kita melahirkan kesyukuran kepada Allah SWT.
Rasa syukur turut terbit apabila sentiasa berada dalam keadaan harmonis dalam negara tercinta Malaysia. Kesyukuran dengan adanya keharmonian ini perlu sentiasa terbit dalam fikrah rakyat Malaysia. Segala perlakuan yang ditimbulkan perlulah menjadi satu manifestasi gambaran kepada kehidupan rakyat Malaysia yang sentiasa berbahagia dengan kemakmuran yang ada.
Malaysia, memberi jaminan kepada kita bahawa segala keharmonian akan terpelihara selagi kita memahami bahawa setiap tindak tanduk kita adalah berasaskan kepada pemikiran yang waras. Pemikiran yang sentiasa memelihara norma dan nilai yang baik. Pemikiran yang mengerti akan kontrak sosial yang menjadi pegangan bersama. Pemikiran yang menjadikan mawaddah sebagai perkara asas dalam hubungan. Jika pemikiran ini diterjemahkan maka akan wujudlah janji Malaysia sebagai sebuah negara yang harmonis.
Kita jangan mudah terpengaruh dengan permainan politik yang kita lihat semakin menjadikan rakyat bahan permainan. Kita perlu nyahkan politik yang penuh tipu daya, tamak haloba dan juga korupsi. Kita perlu buktikan bahawa kita merupakan generasi perubahan dan tidak menjadi barua mereka. Ingatlah KITA PUNYA HAK!!!
Wassalam
Monday, December 22, 2008
syukur padaNya..
Monday, November 3, 2008
rentetan kehidupanku
Lama sudah rasanya ana tak menulis dalam ruangan fikrah pemikiran ini. Mungkin kerana kesibukan dunia yang tak ada penghujungnya. Sepanjang menyepi ini, pelbagai peristiwa yang berlaku pada diri ana. Jika ana fikirkan kenapa ana terlalu fokus dengan aktiviti keduniaan yang hanya sementara? Pergi ke sana, pergi ke sini, buat sana, buat sini. Sehinggakan kekadang perintah Allah SWT terleka dek kerana melakukan perkara dunia. Mungkin ini kelemahan diri ana sebagai manusia serta hamba yang hina. Harapannya, menulis ini bisa membuatkan diri ana berfikir akan apa yang telah dilakukakan bagi memastikan diri sentiasa terpelihara oleh Allah SWT.
Jika ana lihat sahabat2 yang lain, sibuk dengan berpacaran, ke hulu ke hilir bangga dengan pujaan hati, namun ana terfikir bahawa tiada kemanisannya lagi jika masa muda diisi dengan perkara sedemikian. Segalanya ana fikirkan terlalu awal untuk diluahkan, sedangkan kehidupan yang lebih bahagia ialah rumah tangga yang jaminan Syurga. Berlainan pula dengan dunia percintaan yang buta, kalau tersilap boleh jadi dusta. Perut boleh boyot, ekoran nafsu berleluasa. Na'uzubillahimin zaliq. Ana juga ada lemahnya, terfikir akan perkara lagha yang tiada apa2 makna malah dosa. Ana masih lagi ada cacat & cela dalam ibadah. Malu sebagai hambaNya...
Baru sebentar tadi ana buka blog Yayasan Amal Miri, wah hebat sungguh persatuan ini. Nyata2 tujuan mereka fisabilillah, ana teringin nak join tapi tak tahu ke mana harus diikuti. Ana rasakan aktiviti seperti berkenaan cukup penting buat diri kita terutama bakal2 guru ini. Bakal guru seharusnya lebih dekat serta hampir dengan masyarakat supaya diri sentiasa berada dalam rahmat Allah. Memang hebat kuasa penulisan, diri ana terasa lapang dan tenang. Segala-galanya boleh diluahkan. Syukran Allah..
Khamis ini, ana ada ujian Kertas Edu (MAB), insya Allah segalanya dengan rezeki daripada Allah SWT ana mampu menghadapinya. Kadang2 ana ini malas gak,ntah itu mungkin sebab dosa ana sendiri. Sukar juga nak buang sifat malas, ana tak belajar daripada pengalaman. Itu antara kelemahan ana. Insya Allah ana sentiasa mencuba untuk muhasabah diri untuk menjadi 'khairu akhi'. Insya Allah..
Insya Allah, keluangan ini akan diisi lagi masa depan. Wassalam.
Saturday, October 11, 2008
dirisik...
Kita pasti dirisik..
Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti..
Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
Hantarannya..sakit dan nazak..
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
Pengantin dimandikan..
Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelaminan..
Pengantin bersanding sendirian..
Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..
Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..
Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..
Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..
Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa...
Dan Dia Kekasih itu..
Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka