GURU,
Insan pendidik yang begitu sinonim dengan masyarakat. Peranan dan kerjaya guru cukup luas diperkatakan sehingga ada yang berkata "jika hari ini seorang doktor berjaya merawat seorang pesakit, jika hari ini seorang peguam menang bicara dan jika hari ini seorang menteri gah kuasanya, KETAHUILAH semuanya bermula dari seorang GURU". Kerjaya dan profesion keguruan adalah merupakan satu profesion yang begitu mulia dan juga begitu hampir dengan individu-individu dalam masyarakat. Keperibadian serta akhlak setiap insan terbentuk secara formal di sekolah, gurulah menjadi agen perubahan dan agen sosialisasi kepada masyarakat. Tugas dan peranan seorang guru bukan sekadar berbicara dalam bilik darjah sahaja, tetapi lebih dari itu. Kerjaya guru adalah satu kerjaya yang fleksibel iaitu guru berupaya menjadi kerani, tukang kebun dan juga pembantu percetakan. Itulah realiti guru pada masa kini dan juga segala cabaran perlu diharungi dengan ketabahan dan kesabaran.
Namun,
Adakah masyarakat memandang kepada peranan guru ini? Adakah masyarakat menghargai segala peranan dan jasa guru? Adakah ibu bapa sedar bahawa tanpa seorang guru, anak-anak mereka akan jadi apa? Kenapa guru sering dipersalahkan jika berlakunya kepincangan dalam masyarakat? Kenapa guru digelar guru '25 hb'? Mengapa dan Kenapa persoalan ini tumbul dalam profesion perguruan? Persoalan-persoalan inilah yang menghangatkan lagi profesion ini dan ia menjadi satu cabaran kepada para guru untuk menepis segala persoalan dengan melakukan kerja ikhlas semata-mata ALLAH SWT. Kita seharusnya tidak gentar dengan cabaran ini kerana sesungguhnya kita adalah yang terbaik dan kita sahaja yang mampu merubah corak politik, ekonomi dan juga sosial NEGARA kita.
Konotasi GURU, kita jangan mudah mengalah dengan tekanan. PIPP harus kita cuba berjayakan dan segala dasar yang tersedia perlu dilaksana. Apa yang lebih utama ialah kita perlu mendidik anak bangsa kita dengan segala ilmu dan kemahiran yang kita miliki supaya mereka berupaya menjadi insan yang CEMERLANG, GEMILANG & TERBILANG..
TERIMA KASIH CIKGU!

1 comment:
Memang benar guru adalah insan yang bertanggungjawab ke atas pembinaan anak bangsa pada hari ini. Jika seorang guru gagal dalam amanahnya maka hancurlah nilai manusia dan hidup anak didik yang mengharapkan curahan ilmu. Guru muda seperti kita zaman ini harus mulakan langkah dan tindakan yang benar - benar efektif dan fleksibel dalam apa - apa jua perkara. Jangan jadi seorang guru yang sentiasa menolak apabila diberi tugsan. Janganlah kita menjadi guru yang sentiasa mementingkan ego, diri dan kepentingan sendiri. Kita sebagai pendidik anak bangsa janganlah kita bongkak dan merasakan diri kita sempurna dalam semua perkara. Jika kita mempunyai nilai ini dalam jati diri saya percaya tugas dan amanat kita sebagai guru akan gagal dan membinasakan diri sendiri. Jadilah guru yang fleksibel, ikut sebulat suara majoriti, positif dalam emosi dan sikap, tolak - ansur, hormati rakan, sentiasa bersedia dan banyak lagi. Para bakal guru dan guru muda, cintailah profesion keguruan kita ini sepenuh hati dan ikhlas serta istiqamah dalam melakukan tugasan dan amanah yang dipertanggungjawabkan.
SAYA BANGGA MENJADI GURU!!!
Post a Comment