Monday, January 25, 2010

Tugasan Minggu 2 : Taksonomi Bloom dan Domain Krathwohl

Taksonomi Bloom

* Taksonomi ini pertama kali disusun oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1956.
* Taksonomi Bloom menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan.
* Ia bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi). Guru akan membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar.
* Menekankan aspek kognitif (pengetahuan) – apa yang dicari adalah seperti fakta, teori, dan hukum.
* Tujuan : membina kebolehan, pemikiran, dan pemahaman (cth : mencari isi penting daripada petikan yang dibaca)
* Terdapat enam peringkat (tidak semestinya menggunakan kesemua peringkat ini dalam soalan – cth : pada kertas soalan tahun 1 tidak terdapat tahap sintesis kerana tahap ini merupakan tahap yang tinggi dan tidak sesuai dengan umur murid)
1. Pengetahuan
2. Kefahaman
3. Aplikasi
4. Analisis
5. Sintesis
6. Penilaian

Pengetahuan ( selalunya mengunakan kata tanya, cth : bilakah, dimanakah, mengapakah, dan sebagainya)

* Tujuan : mengingat semula perkara-perkara yang sudah dipelajari tanpa sebarang perubahan.
* Contoh :
1. Bilakah Malaysia merdeka ?
2. Berapa buah negerikah yang terdapat di Malaysia?
3. Siapakah Bapa Kemerdekaan Malaysia?
* Objektif
1. Umum : mengetahui
2. Khusus / spesifik : melebal, menyatakan, menulis (eksplisit)

Kefahaman (kebolehan untuk memberi penjelasan / makna sesuatu perkara)

* Konsep : menjelaskan maklumat dengan terperinci.
* Merupakan peringkat yang tinggi berbanding peringkat pengetahuan.
* Tiga aras penting :

1. Terjemahan isi (isi kepada huraian, cth : Ibu Ali meninggal dunia.)
2. Memberi tafsiran / makna sesuatu maklumat (cth : Setiap manusia di muka bumi ini akan menemui ajal masing-masing. )
3. Ekstrapolasi (tafsiran lanjut berdasarkan maklumat yang digambarkan (cth : Kita sebagai manusia biasa mestilah sentiasa bersedia untuk menghadapi perkara yang berlaku pada bila-bila masa sahaja)

* Tujuan : memahami sesuatu bahan, menjelaskan menterjemah, merumuskan,menulis, dan membezakan.
* Cth : jelaskan, bezakan, bandingkan, ringkaskan, nyatakan, dan seumpamanya.

Aplikasi

* Tujuan : menggunakan pengetahuan mujarat (abstrak) untuk menyelesaikan masalah yang maujud.
* Objektif :

1. Umum : menggunakan, menyelesaikan, menunjukkan
2. Khusus / spesifik : menggunakan, menyelesaikan, mengira, menghubungkan, mengendalikan.

* Cth : soalan yang menggunakan perkataan bagaimana dan jelaskan.
* Menekankan kaedah, prinsip, hukum, dan teori.

Analisis (mengenal pasti sebab secara terperinci)

* Definisi : kebolehan untuk menceritakan dan menyusun perkara-perkara yang telah dipelajari kepada beberapa bahagian.
* Tujuan : menaakul (mencari) sebab dan musabab (akibat)
* Cth :

1. Berikan faktor, punca-punca, sebab-sebab, mengapakah perkara tersebut berlaku.
2. Meleraikan sesuatu komunikasi kepada beberapa bahagian.

* Objektif

1. Am : mencerakinkan, menaakul, menjelaskan, menilai kerelevenan data.
2. Spesifik : mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan, menjelaskan srtuktur dan organisasi.
- Cth : Yang manakah antara berikut tidak menerangkan cirri criteria yang betul?
- Cth : Yang manakah antara berikut merupakan kata kerja?

* Kosa kata popular : bezakan, bandingkan, asingkan, tafsirkan bahagian, klasifikasikan, sebab, mengapa, huraikan, menaakul, mencerakinkan.

Sintesis – (lebih kepada sains, BM- karangan)

* Menguji kebolehan calon mencantumkan, mengabungkan, dan meintegtrasikan fakta atau idea yang berkaitan (mengembang fakta menggunakan ayat sendiri)
* Tujuan : membentuk sesuatu yang baharu.
* Objektif :

1. Am : menulis karangan, mencadangkan sesuatu pandangan, menghasilkan karya
2. Spesifik : mengabungkan, mengubah, mereka cipta, merancang, menulis

* Cth : Berdasarkan tajuk “saya sebatang pen” bina ayat-ayat yang dapat menerangkan mengenai pen tersebut.
* Kosa kata popular : mereka bentuk, kumpulkan, susunkan, gubahkan.

Cth mencadangkan : senaraikan beberapa cara kamu boleh mengatasi masalah itu.

Penilaian

* Menguji kebolehan calon, membuktikan, menilai, mengesahkan, mengkritik, memberi pendapat mengenai sesuatu peryataan, dll.
* Tujuan : membuat penilaian dan pertimbangan berdasarkan kretiria tertentu.
* Objektif :
1. Am : menimbangkan nilai, ketekalan, kecukupan data.
2. Spesifik : menilai, membuat pertimbangan.

* Jenis : sejauh mana, nilaikan, apakah pendapat kamu.
Cth : Berikan pendapat anda mengenai hal tersebut.
: Sejauh manakan kebaikan menggunakan kereta ke kuliah.
* Kasa kata popular : nilaikan, rumuskan, tafsirkan, kritikkan, bandingkan, ulaskan, huraikan, buktikan.
* Cth :
1. Pada pendapat kamu, ujian apakah yang sesuai diberikan kepada murid tahun enam?
2. Berbagai faktor perlu dipertimbangkan dalam proses penilaian program. Bandingkan.

Domain Afektif Kalthwohl 1964



# Diasaskan oleh, David R. Krathwohl Merupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap.
# Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik.
# Pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan dengan adanya murid yang dapat membentuk sikap positif.
# Terdapat 5 peringkat bagi domain ini :
1. Penerimaan
2. Bertindak balas
3. Menilai
4. Organisasi
5. Perwatakan

Penerimaan

* Keinginan dan kesanggupan menerima
(kesanggupan memberi perhatian, mendengar ucapan, pendapat orang lain, menghormati kebudayaan yang berlainan)
* Kesedaran
(faktor estitik, ekabentuk, kecantikan sesuatu benda, pelbagai pendapat dalam sesuatu perkara)
* Perhatian terkawal
(kebolehan memberi perhatian kepada sesuatu ransangan – cth : mendengar dan menghayati sajak)
* Objektif am :

1. Mendengar dengan berhati-hati.
2. Menunjukkan kesedaran dalam kepentingan pembelajaran.
3. Menunjukkan sensitiviti dalam masalah sosial.
4. Menerima perbezaan keturunan dan kebudayaan.
5. Mengambil bahagian dalam aktiviti.

* Hasil pelajaran spesifik :

1. Menyoal
2. Memilih
3. Menghuraikan
4. Mengikut
5. Menamakan
6. Menggunakan

Bertindak balas

* Kesanggupan bertindak balas terhadap ransangan.
* Mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti.
* Murid mengambil perhatian dan bertindak balas.
* Terdapat 3 kategori :

1. Persetujuaan membalas

(Bersetuju dengan peraturan / arahan yang diberi.)

2. Kesediaan membalas

(Bertindak balas dengan persetujuan yang dibuat.)

3. Kepuasan

(Mencapai objektif )

* Objektif

1. Am

* Melengkapkan kerja
* Mengambil bahagian dalam perbincangan kecil
* Seronok membantu rakan
* Melakukan tugas secara sukarela.

2. Spesifik

* Dapat menulis isi pelajaran
* Menjawab soalan
* Dapat melafazkan sesuatu (main peranan)

Menilai

* Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan.
* Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan.
* Kebolehan membuat penilaian dan memberi penghargaan terhadap sesuatu benda atau tingkah laku.
* Penilaian berdasarkan penghayatan nilai spesifik (melalui pemerhatian)
* Kategori

1. Penerimaan
- Menerima dan melakukan arahan aktiviti.
2. Pilihan
- Usaha untuk memperoleh sesuatu nilai yang dipilih.
3. Penglibatan
- Aktif dalam aktiviti dan mematuhi peraturan.

Organisasi

* Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai.
* Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan.
* Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.
* Kategori

1. Penenggapan
-Mampu mencipta konsep anstrak.
2. Organisasi
- Menyatukan / aplikasi nilai-nilai berkaitan dan membentuk satu sistem.

Perwatakan

* Perubahan tingkah laku positif.
* Kategori
1.Set up – mengekalkan nilai-nilai
2.Perwatakan – disiplin diri.

No comments: