Monday, January 25, 2010

Tugasan Minggu 3 : Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

Definisi


* JSU – jadual yg menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi kandungan iaitu konstruk yang ditaksirkan, pemberatan tiap-tiap kontruk, konteks, pemberatan tiap konteks, dan pemberatan taburan aras kesukaran.

Tujuan JSU diwujudkan.

* Menghasilkan soalan yang berkualiti (tidak membentuk soalan secara spontan – tidak tahu aras)
* Soalan yang dihasilkan tidak mempunyai kesahan / tiada keutuhan.

Ciri-ciri JSU

* Merupakan matrik yg terdiri drpd 2 paksi iaitu paksi melintang – aras kemahiran dan menegak – kandungan.
* Bilangan item dinyatakn dalam JSU mengikut aras kemahiran yg ditetapkan.
* Mengandungi aras yg mengikut aras taksonomi.
* Kandungan aras kemahiran mengikut lama masa mengajar dan kepentingan kemahiran.
* Kepayahan item dlm lingkungan 20% - 80%.
* Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas khusus dan lain-lain.
* Kandungan ujian berupa topik-topik pelajaran.

Kepentingan JSU

* Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan.
* Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.
* Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran.
* Menentukan perimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran yang diuji.
* kertas ujian dapat digubal secara sistematik
* kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran adalah terjamin;
* Memberi panduan untuk membentuk format ujian.
* Memberi panduan untuk membentuk soalan.
* Menstabilkan taraf serta aras kesukaran ujian dari tahun ke tahun.
* Mengambil kira bilangan masa yg diperuntukkan untuk sesuatu topik.
* Membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yg lain.
* taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang;
* ujian meliputi keseluruhan sukatan pelajaran

4 syarat JSU

1. Ujian tidak dibina semberangan.
2. Menimbulkan kepentingan topik dan aras kemahiran yg diuji.
3. memberi panduan dan penentuan kepada pengubalan ujian.
4. Memastikan kesesuaian taburan soalan mengikut aras dan kemahiran.

LANGKAH-LANGKAH PEMBINAAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

Dalam pembinaan JSU, empat langkah utama yang harus dititikberatkan iaitu:
1.Mengkaji sukatan pelajaran
2.Menganalisis objektif pengajaran.
3.Menentukan jenis soalan.
4.Menentukan bilangan soalan.

1.Mengkaji Sukatan Pelajaran

Antara aspek-aspek yang dikaji ialah:
• Skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk
• Pendekatan yang telah diambil dalam pengajaran sesuatu tajuk
• Kepentingan bandingan di antara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain
• Kompleksiti sesuatu tajuk
• Masa pengajaran yang diperuntukkan bagi sesuatu tajuk.

2.Menganalisis Objektif Pengajaran

•Objektif pengajaran dianalisis untuk menentukan pengetahuan dan kemahiran yang
perlu diuji dan pada tahap kesukaran mana ia perlu diuji.
•Lazimnya aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang dibuat
oleh Bloom dan rakan-rakannya,
•Lazimnya JSU mengandungi dua paksi utama, iaitu Paksi Kandungan dan Paksi Objektif
Pengajaran.
•Kedua-dua paksi ini mewujudkan sel-sel yang perlu diisi dengan pemberatan soalan
yang telah dipertimbangkan.

3.Menentukan Jenis Soalan

•Objektif pengajaran (kognitif, psikomotor, afektif atau sosial) dan peringkat
objektif pengajaran yang ingin diukur haruslah ditentukan terlebih dahulu.
•Misalnya, jika kita ingin mengukur domain kognitif bagi mata pelajaran Bahasa
Melayu bagi tajuk “Struktur ayat” pada peringkat “Aplikasi”, maka jenis soalan yang
sesuai ialah soalan jenis “Objektif” yang berbentuk “melengkapkan ayat” atau soalan
jenis “Subjektif” yang berbentuk “menggubal ayat-ayat”.

4.Menentukan Bilangan Soalan

•Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran, domain objektif
pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur.
•Jumlah soalan adalah penting kerana ia mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan
sesuatu ujian.
•Secara ringkasnya, kebolehpercayaan ujian bermaksud keupayaan sesuatu ujian
memberi markah yang sama, sekiranya pelajar menjawab semula ujian tersebut.
•Kesahan ujian pula bermaksud keupayaan sesuatu soalan mengukur apa yang ujian itu
ingin mengukur.


KEPENTINGAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

JPU yang dibina dengan baik akan membantu penggubal kertas ujian dan Pembina item/soalan ujian. Antara kepentingan JSU ialah:
•Kertas ujian dapat digubal secara sistematik
•Kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran adalah terjamin;
•Taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang;
•Ujian meliputi keseluruhan sukatan pelajaran; dan
•Aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari tahun ke tahun, walaupun item dibina

RUJUKAN :

http://www.docstoc.com/docs/DownloadDoc.aspx?doc_id=16907486

http://www.docstoc.com/docs/DownloadDoc.aspx?doc_id=15184794

No comments: